2008/07/20

i'm back..........

Hidup perlu diteruskan................

AZAM BARU....
Nak mula kan hdup brau, pmikran baru, gaya baru... hope aku leh kuatkan smagt. emmm... xthu nak create ape... wawawawa.... hari2 yg pnuh dgn dbaran. wacha!!! mne xnya memanjg aku kna b'debar2 time nak pergi dan balik keja. Harap Allah lindungi aku. Amin...

2008/05/14

Dalam???????

Dalam ku meredah sebuah penghidupan
Pelbagai onak dan duri yang ku lalui
Segala pengalaman itu mengajar aku erti sebuah kehidupan
Hidup ibarat roda
Kadang-kadang berada di atas dan
kadang-kadang berada dibawah.....
Kadang-kadang aku gembira
dan kadang-kadang derita..........
??????????????????

Tips Bila Hadapi Kesedihan

Artikel ini adalah mengenai Tips Menghadapi Kesedihan.
Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.

Langkah-langkah

1. Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.

2. Jaga kesihatan anda. Kemungkinan ini merupakan satu perkara terakhir yang anda ingin lakukan, tetapi ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.

3. Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.

4. Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.


Petua-petua

1. Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran.

2. Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.

3. Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaanya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.


Amaran-amaran

1. Jauhi minuman keras dan dadah. Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.

2. Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

Rahsia Lima Jari

1. Cuba tengok jari anda.
Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar".
Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.
Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3.Put ur hand on the table,perhatikan.
Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4.Then tgk jari kedua, jari manis.
Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi,
Jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk
Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanyaAllah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how.. Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7.Lastly renung la ibu jari..
Besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...nak genggam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman.Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

B......

Maafkan ayang....

17 April 2008

Tarikh ini merupakan tarikh keramat buat aku... Aku seperti tak percaya bila si dia melamar aku.. Aku betul2 terkejut. Atas keadaan dan situasi yang mendesak pada masa itu akhirnya aku terima dan bersetuju...

Semasa majlis, tekak ku seperti tersumbut demi menjaga hati kawan2 ku telah jugak makanan di hdapan walaupun ianya seperti batu. Aku betul2 nervous pada masa tue. Aku tak tahu nak wat cam ner. tak tahu nak kata apa... Tapi ikhlas aku katakan aku memang suka dan sayangkan dia. Tapi........ Aku tak tahu sama ada itu sayang seorang teman atau seorang kekasih. Aku amat berharap agar masa pantas berlalu. Aku tak sanggup lagi berhadapan dengan kekeliruan ini. Aku berharap ianya kan berlalu dan terus berlalu....

Kenangan tersebut merupakan sebuah kenangan yang indah buat aku dan tak mungkin akan aku lupakan begitu sahaja...

B.....
Terima kasih kerana menyintai diri ini...
Ayang, harap b dapat mencapai segala inpian dan cita-cita b...
Ayang sayang kan b...

Buat insan bernama.....
Fairul Desa

Buat b.....

B...... Maafkan ayang andai selama kita berkasih ayang tak pernah menunjukkan cinta ayang untuk b.. b... ayang harap b dapat lupakan ayang.. ayang tak sanggup lagi nak melihat b terus begini.. Ayang tahu ayang salah tapi.... ayang harap b faham situasi ayang... Ayang perlukan masa untuk menerima semua ini... Walaupun ayang dengan Emy dah lam putus tapi adalah sukar untuk ayang mengubat luka itu. Ayang harap b faham..

B......
b cari lah gadis yang lebih baik dari ayang.... tinggalkan lah ayang...
Ayang doakan b sihat selalu... dan dipermudahkanNya..
Amin....

Dalam Suasana Suram.... :(

Dalam dingin petang, hujan renyai2 membuatkan aku terfikir untuk melupakan segala kenangan pahitku bersamanya. Tapi...... adakah aku mampu menghadapi semua ini???? Kini kehadiran cj7 membuatkan aku semakin di dalam dilema... adakah aku perlu terus begini??????

2008/05/13

Hatiku Kau Guris Luka.. :(

Sedihnya hari nie... nape entah.... Walaupun Erol ada tapi aku mcm rasa dia xde kat sisi aku.. Walaupun kitaorang dekat tapi aku xpernah rsa dia dekat.. Knapa?knapa? knapa aku jadi mcm nie?????? Setelah cinta dia aku terima, tapi aku tak pernah nak beri satu kepastian sehinggakan buat di menjauhkan diri dari aku... Jahat sangat ke aku nie???? Jhat sangat ke????? Knapa hati aku mcm batu? Beku seperti tiada perasaan. Tapi bila dia ada kat sisi aku, aku rasa bahagia tapi bila dah menjauh aku xdapat nak rasa kan cinta dan kasih sayang dia......

Ya Allah..... Kau Berikanlah hambamu ini petunjuk, jangan lah Kau biarkan aku berterusan begini. Cukuplah derita yang aku alami... Berikanlah sinar kebahagian buatku.
Amin... Amin.....

SaTu PeNghIDuPaN

Solat Isyak aku lakukan bersendirian, kemudian aku termenung di depan komputer. Duduk sambil melayan fikiran yang agak kusut. Kenapa ini terjadi? Getusku, Aku tidak diberikan satu peluang lansung, semua berlaku terlalu cepat. Tanpa sempat aku berfikir apa yang perlu aku lakukan. Aku menghidupkan telefon setelah seharian aku mematikannya… agak malas aku mahu mendail nombor yang biasa aku telefon… mungkin apa yang berlaku sehari dua ini membuatkan aku agak… tiba-tiba telefon ku berbunyi satu SMS masuk kedalam inbox, aku membuka dan membaca SMS tersebut, dua nombor yang tak aku kenali telah membuat panggilan sewaktu telefon aku off. Aku semak phone book dan beharap aku menjumpai siapa yang telah menghubungiku, tetapi hampa… nombor itu tiada dalam list up aku.

Aku keluar untuk mengambil angin, melepaskan apa yang bersarang di dalam fikiranku, terasa sesak kepala otak aku. Aku duduk di kedai minum berseorangan, biasa nya aku akan ditemani oleh seorang dua kawan ku… Aku kembali membaca SMS di telefon, aku mengambil sekeping kertas dan pen, menulis dengan teliti nombor yang telah cuba untuk menghubungi aku, ku tenung dalam-dalam… kenapa? Apa yang telah berlaku? Apakah yang selama ini aku fikirkan akan terjadi? Ermm… Sungguh berserabut sekali, aku tidak sukakan keadaan ini… dan ini bukan gaya aku, tenang adalah prinsip ku, walau apa pun yang berlaku aku akan tenang… ya… aku akan tenang…

Aku mencapai telefonku dan mendail nombor yang telah ku tulis di atas kertas tadi, nada yang aku dengar menandakan nombor yang aku cuba hubungi akan di angkat.

“Assalamualaikum…”, suara di hujung talian

“Wa’alaikummussalam… ”, jawab ku.

Suara tersebut meneruskan perbualan.“Awak kenal saya?”, soal nya

“Kenal? Siapa ni?”, aku kembali mengutarakan soalan kepadanya

“Alaa…yang semalam call awak…takkan tak ingat kot. ”. sambung nya lagi.

Girl yang semalam telah menghubungi aku? Fikirku sendirian, aku agak kabut semalam, memang ada yang telah menghubungi aku semalam, tetapi aku tidak memikirkan pasal girl tu sangat….apa yang telah terjadi? Kenapa girl itu cuba menghubungi aku? Adakah pasal dia?

“Owhh…yang semalam tu ke…but.. I don’t even remember your name la.. ” aku cuba berdalih.
Sebenarnya memang aku langsung tidak ingat nama nya….“

Takkan tak ingat dah? Saya… Aine…”, jawabnya

“Erm….Ainie… nak ape awak call saya nie? ”, aku membalas

“Saya nak awak sabar ye…sebab ada seseorang nak cakap dengan awak ni…”, ujarnya

“Ok… ”, jawabku.. Mungkinkah dia..? kenapa? Banyak persoalan yang bermain di benak ku. Nampaknya hari ini semuanya akan terjawab. Telefon bertukar tangan, aku menunggu dengan tenang…

"Hello… Ayang… ”, perlahan suara hujung talian.

Aku amat mengenali suara itu, ya… memang dia…tapi…… kenapa bersama girl tu? Huh… Aku sudah dapat membaca situasi yang berlaku, kata hati aku kuat mengatakan hal ini, tapi aku tak mahu mengikut, nampaknya kata hati aku betul... walaupun dia belum lagi memulakan bicara bersama dengan aku, aku sudah tahu apa keputusan yang bakal aku terima…

“Nape abang kol saya? Abang kt mana tu?”, soal ku memulakan bicara

“Dekat luar… ”, jawabnya pendek“Farah…. Farah….. abang nak mintak maaf sesangat..”, sambung nya

“Kenapa? ”, Soalku

“Sebab buat Farah macam ni…sebenarnya Abang da lama dengan dia… ”, jawab nya tersekat-sekat. Aku tersenyum bersendirian, hatiku berkata, “the risk I’ve taken has been paid…

”.“Kenapa tak bagitau…? ”, aku meneruskan perbualan

“Nak bagitau, tapi…. Abang takut ayang tak boleh terima… Abang….. ”, jawaban nya terhenti setakat itu. Dia terus memangil namaku di hujung talian, tetapi aku hanya mendiamkan diri, aku tak terkata, mungkin aku agak terkejut dengan situasi yang aku hadapi sekarang. Fikiran aku melayang, Adakah aku sudah bersedia? dengan situasi ini? Mungkin… tapi tidak seratus peratus, aku tidak memberikan sebarang respon, akhirnya talian di putuskan….

Aku berjalan kembali ke rumah, fikiran ku melayang, aku membelek-belek telefonku, terpandang satu lagi nombor yang tidak aku ketahui tuan nya, terus aku mendail nombor tersebut, belum sempat aku memanggil, satu panggilan telah masuk, tanpa melihat nombornya, aku terus mengangkat, dan aku kenal suara itu, baru beberapa minit tadi aku bercakap dengannya.

“Hello awak… ”, suara girl yang sangat aku kenal di hujung talian

“Yups…kenapa? ”, jawab ku

“Tak ada apa..just saya nak cakap..sebenarnya saya dengan dia dah lama..dia tak ada cerita pasal abang ke kat awak?”, ujarnya panjang lebar

“Nop… saya tak pernah tau pun pasal korang berdua…and dia tak ada cerita pun..”, jawab ku bersahaja

“Hope awak tak marah ya..maybe kalau saya turun sana nanti, kita boleh makan sama-sama”, dia meneruskan perbualan

“Takde la…tak guna nak marah pun…. makan ke? Insyaallah…insyaallah… ”, jawab ku

“Kalau awak nak, saya ader member-member yang boleh…..”, ujarnya

“Opstt…no need….i know how to manage my life…”, aku memotong cakap nya. Perbualan di hentikan, aku malas mahu bercakap lebih panjang, Nak intro member dia kat aku pulak? Dia ingat aku nih ape? dia nak lepak dengan aku? Ada masa insyaallah….or you will never ever see me … hehehehe (evil laugh)

Hah...aku baru teringat satu nombor yang tertinggal tadi, nombor siapa ini ya? “Mungkinkah nombor dia… ”, dugaku. Try jek la kan, aku terus meluncur jari jemari ku mendail ‘the unknown number’ tersebut. Bunyi nada yang agak pelik, “caller ringtone kot… ” getusku. Aku terus menunggu dan talian ku dijawab…..

“Ayang…. ”, Jawaban dari hujung talian.Suara ini…

“Siapa nih..? ”, Tanya aku

“Ni.. abang lah… Sampai hati xknal suara abg… ”, jawab nya. Dugaan aku betul. Tetapi kali ini dia dapat bercakap dengan lebih selesa kerana tiada gangguan dari ‘girl’ dia.

“Owhh…. abang… ok la..nak tau nombor sape jek nih..take care.. Bye..”, aku cuba mengakhiri perbualan

“Ayang…”, panggilnya seolah tidak mahu perbualan di hentikan

“Yups… kenapa? ”, jawab ku“mintak maaf sangat-sangat…”, ucapnya kepada ku.

Aku tersenyum…“Tak perlu….benda dah jadi… ”, jawab ku

“Kita jadi kawan ek…?”, soalnya

“Ermm… let me thinks of that first..”, jawabku. Dia terdiam, jawaban yang agak bersahaja dari aku mungkin membuatnya terasa.

“Abang tak ada pilihan…”, ujar nya“Abang sayang dua-dua…”, sambung nya lagi.

Aku terdiam dan berfikir, tiada pilihan? Atau dia di paksa untuk membuat pilihan yang hanya berpihak pada sebelah pihak? Aku malas nak meneruskan perbualan, takkan aku nak ‘sekolahkan’ dia, and I’m not in a good mood to talk right now…. Kalau aku teruskan mungkin dia akan lagi ‘sakit’. Aku rasa tak perlu semua tu, dia sendiri akan berfikir tentang pilihan yang telah dia buat. For me, it’s fine… walaupun agak pedih, tapi harap aku dapat menghadapinya.

“Sayangkan dua-dua? Abang tak boleh buat camtu…sayang Abang sekarang hanya untuk seorang saja… Abang sayangkan perempuan tue kan? Dah lah bang, ayang penat dah.. penat… ”, kataku

“Tapi… Abang sayangkan ayang….. kalau ada jodoh…”, dia mencelah.

Huh…. Kalau ada jodoh? Aku tersenyum sendiri, apa yang dia cuba sampaikan….

“Jangan lupakan abang yea ayg..”, ujarnya

“ermm….tengok la…”, jawabku..“Assalamualaikum…”, dariku. Jawab salam darinya mengakhiri perbualan kami, mungkin itu perbualan kami yang terakhir…

Aku terus duduk didepan komputer yang biasa menjadi peneman aku di hari-hari, otakku masih berfikir, kenapa? Aku tak di beri peluang untuk mempertahankan dia…? Semua telah berakhir, aku agak tersentak dengan keadaan ini. Bolehkah aku memaafkannya? Harap aku ada kekuatan untuk memaafkannya…. Biarlah masa yang menentukan segalanya…… Boleh kah aku memaafkan abg dan aine???????? Aku berdoa agar diri ini dibuka kan hati untuk menjadi seorang pemaaf.. Aminn......

Life Must Go On………..

DiMana Nilai CinTa SebENaR

Hati ini seakan-akan mencari
Dimana nilai sebenar erti sebuah ‘cinta’
Sedangkan usia kian memakan diri
Hati semakin pudar untuk menerima cinta
Semakin dicari tetapi semakin tidak ditemui
Semakin dikejar tetapi semakin menjauh
Hidup bagaikan mengejar bayang-bayang setiap hari
Tidak ditemui apa yg diimpikan
Bukan untuk mencari kesempurnaan
Dek diri sendiri yg penuh dengan kekurangan
Kealfahan dan kelemahan yang sentiasa sebati dalam diri
Akhirnya tersungkur dalam ‘cinta mainan manusia’
Yang bertopengkan kecantikkan dan kesempurnaan luaran
Sedangkan dalaman penuh dengan kepura-puraan
Masih ada kah keikhlasan??
Dimana nilai kasih sayang sebenar??
Termenung sendiri menghayati firman ALLAH
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”(SURAH YASSIN :36)
Yakin dengan hati, Janji ALLAH adalah pasti
Kasih Al-Haqq adalah abadi
Jangan dicari kasih yang bermusim
Kelak akan binasa
Kenangan ditagih sayang yang tidak pasti
Kelak akan kecewa
Jangan dipuja cinta yang datang
Kelak akan menyakitkan
Jangan asyik menanti ‘cinta’ datang
Sedangkan ‘cinta’ datang belum tentu untuk kita
Jangan di kesal benda yang telah lepas
Kesusahan, Kesukaran dan Kesedihan pasti ada hikmahnya
“Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah:6)
Teruskan hidup menuju nur ILAHI
Dihadapan masih jauh akan ditempuhi
Ya Rahman, Ya Rahim…Pimpinlah Daku Menuju RedhaMU

Kata2 Bijak Tentang Cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Cinta sesuatu yang sukar ditafsir… kadang-kadang orang yang bercinta sendiri tidak memahami erti cinta… Wujud pelbagai istilah, cinta suci, cinta buta, cinta sejati dll……
Hanya mereka yang mengerti akan istilah cinta sahaja yang akan terus subur cintanya hingga ke akhir hayat….. (melati,2008)

2008/05/12

Aku???

Hari nie merupakan hari yg membosankan buat aku.. huhuhuu...... ingatkan nak plan g mne2 tapi...... emmm..... xpelah nak wat camnerkan? dah nasib....... :( cedih tue memang lah cedih tapi kna gak kuatkan smngat... nasiblah izan mnta aku gntikan dia jga lab klu x msti aku lgi bosan. dihrpkan pasni leh lah aku mengisi masa dengan menulis blog nie.... hehehhehee.... smile always.... ;)

Hidup yg penuh pancaroba....

Dalam aku melangkah untuk meneruskan hidup ini pelbagai onak dan duri yang ku lalui.. Kenangan pahit dan manis itu mengajar aku erti sebuah kehidupan... Hidupku penuh kgembiraan dan kadang-kadang kesedihan menjenggah..... Siapa aku???? Aku sendiri masih lagi mencari dan terus mencari siapa diri ini......

testing.....testing...

wah!!!! bestnyaku dah ada blog.. wawawaa.......